Malaysia-Australia perkukuh kerjasama antijenayah

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA 26 Mei 2026 (The Capital Post) – Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Pejabat Strategik Nasional, Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (NSO MAPO) telah menerima kunjungan hormat daripada Ambassador to Counter Modern Slavery, People Smuggling and Human Trafficking, Department of Foreign Affairs and Trade (DFAT) Australia, Ms. Jane Duke bersama delegasi rasmi Australia.

Delegasi tersebut turut disertai wakil daripada DFAT, Suruhanjaya Tinggi Australia, Department of Home Affairs, Australian Border Force serta Australian Federal Police bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan keselamatan dan jenayah rentas sempadan.

Turut hadir dalam sesi berkenaan ialah wakil Bahagian Antarabangsa KDN, Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam KDN serta Kementerian Luar Negeri.

-Advertisement-

Sesi libat urus yang dipengerusikan oleh YBrs. Puan Marweena Manan, Setiausaha Bahagian NSO MAPO itu memberi tumpuan kepada isu strategik termasuk pemerdagangan orang, penyeludupan migran, jenayah penipuan dalam talian termasuk penipuan pekerjaan atau job scam, selain cabaran berkaitan perhambaan moden dalam rantaian bekalan global.

Dalam pertemuan tersebut, Malaysia menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh kerjasama rapat bersama Australia melalui pendekatan dwihala dan serantau bagi menangani jenayah rentas sempadan secara lebih berkesan dan menyeluruh – The Capital Post