KAZAN 18 Jun 2026 (The Capital Post) – Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Kazan, Persekutuan Rusia bagi menghadiri siri lawatan rasmi dan agenda antarabangsa yang melibatkan pengukuhan hubungan antara ASEAN dan Rusia dalam menghadapi cabaran ketidaktentuan global.
Ketibaan beliau di Kazan disambut dengan harapan agar segala urusan serta pertemuan rasmi yang dijadualkan berjalan lancar, khususnya dalam usaha memperkukuh kerjasama serantau yang memberi manfaat kepada negara-negara ASEAN termasuk Malaysia.
Lawatan ini dilihat sebagai platform penting dalam memperluaskan jaringan diplomatik dan ekonomi, selain meneroka peluang kerjasama baharu yang berpotensi menjana pertumbuhan lebih besar dalam sektor perdagangan, pelaburan dan pembangunan strategik.
-Advertisement-
Perdana Menteri turut menzahirkan harapan agar misi tersebut dapat memperkukuh hubungan ASEAN-Rusia, sekali gus membantu kedua-dua pihak mendepani cabaran global yang semakin kompleks serta memastikan manfaat ekonomi yang lebih mampan kepada Malaysia dan rantau ini. – The Capital Post