KUALA LUMPUR, 13 Julai 2026 (The Capital Post) – Unit Integriti, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menganjurkan sesi bual bicara bertajuk “Integriti Guru” sempena Fiesta MADANI 2026 di SMK Seri Saujana, Kuala Lumpur bagi memberi penekanan terhadap kepentingan integriti dan etika profesional dalam kalangan guru novis.
Sesi berkenaan disampaikan oleh Ketua Unit Integriti KPM, Puan Siti Zakiah Che Man kepada guru-guru novis Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Perkongsian tersebut memberi fokus kepada kepentingan membudayakan integriti, mengamalkan etika profesional serta menerapkan nilai amanah sebagai asas dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pendidik.
-Advertisement-
Program berkenaan diharap dapat menjadi pemangkin dalam membentuk warga pendidik yang berintegriti, berakauntabiliti serta sentiasa menjunjung tinggi etika profesion keguruan dalam usaha melahirkan generasi masa hadapan yang cemerlang.
Menurut satu hantaran di laman Facebook rasmi Unit Integriti KPM, pihaknya merakamkan penghargaan kepada SMK Seri Saujana dan PUSPANITA Cawangan Kementerian Pendidikan Malaysia (CKPM) atas jemputan serta kerjasama menjayakan sesi bual bicara berkenaan sempena Fiesta MADANI 2026. Gambar: Unit Integriti KPM Facebook.- The Capital Post.