PUTRAJAYA 24 Julai 2026 (The Capital Post) – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terus memperkukuh hubungan strategik dengan Kerajaan Negeri Terengganu menerusi kunjungan hormat Exco Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu ke atas Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Dato’ Rahimi Ismail.
Pertemuan tersebut menjadi platform bagi kedua-dua pihak membincangkan usaha mempererat kerjasama dalam memperkasa pembangunan belia, meningkatkan kemajuan sektor sukan serta memperluaskan penglibatan masyarakat dalam pelbagai program dan aktiviti berkaitan.
Selain memperkukuh hubungan antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, sesi itu turut memberi ruang kepada kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai inisiatif yang mampu meningkatkan penyertaan belia dalam aktiviti pembangunan diri, kepimpinan dan kesukarelawanan.
-Advertisement-
Kerjasama yang lebih erat juga dijangka dapat mempertingkat pembangunan ekosistem sukan di Terengganu melalui pelaksanaan program yang memberi manfaat kepada atlet, persatuan sukan dan komuniti setempat.
KBS menzahirkan komitmen untuk terus bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam melaksanakan agenda pembangunan belia dan sukan secara menyeluruh bagi melahirkan masyarakat yang aktif, berdaya saing dan berdaya tahan. – The Capital Post