KBS Dan MESF Perkukuh Pembangunan E-Sukan Negara

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA 30 Julai 2026, (The Capital Post) – Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Dato’ Rahimi Ismail mengadakan sesi perbincangan bersama Malaysia Esports Federation (MESF) bagi membincangkan langkah memperkukuh pembangunan industri e-sukan negara.

Perbincangan tersebut memberi tumpuan kepada beberapa aspek utama termasuk pembangunan bakat baharu, pengukuhan tadbir urus serta usaha memperkasa pembangunan atlet e-sukan Malaysia agar lebih berdaya saing di peringkat tempatan dan antarabangsa.

KBS menegaskan komitmennya untuk terus menyokong perkembangan e-sukan sebagai salah satu cabang sukan berprestasi tinggi yang mempunyai potensi besar dalam melahirkan atlet profesional serta membuka lebih banyak peluang dalam industri digital.

-Advertisement-

Kerjasama strategik bersama MESF dilihat penting bagi memastikan ekosistem e-sukan negara terus berkembang secara tersusun menerusi pendekatan pembangunan bakat, latihan berkualiti dan pengurusan yang lebih mampan.

Melalui sokongan berterusan kerajaan dan kerjasama pelbagai pihak, pembangunan e-sukan Malaysia diyakini mampu diperkasakan serta menyumbang kepada kejayaan negara di pentas antarabangsa. – The Capital Post