Malaysia Dan Pakistan Perkukuh Kerjasama Bidang Perburuhan

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA 30 Julai 2026, (The Capital Post) – Menteri Sumber Manusia, YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Syed Ahsan Raza Shah di Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya.

Pertemuan tersebut menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Pakistan, khususnya dalam aspek kerjasama berkaitan bidang perburuhan serta kebajikan pekerja.

Dalam sesi perbincangan berkenaan, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai usaha mempertingkatkan kerjasama dalam memastikan kebajikan pekerja Pakistan yang berada di Malaysia terus diberi perhatian selaras dengan kepentingan hubungan antara kedua-dua negara.

-Advertisement-

Kerjasama strategik ini mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dan Pakistan dalam memperkukuh hubungan diplomatik serta meneroka peluang baharu bagi meningkatkan pengurusan tenaga kerja yang lebih baik dan berkesan.

Hubungan erat antara kedua-dua negara dijangka terus diperkasakan menerusi kerjasama dalam pelbagai bidang yang memberi manfaat bersama kepada rakyat kedua-dua negara. – The Capital Post