KPT Semarak Patriotisme dan Budaya Membaca

Estimate Reading Time: < 1 minute

KLANG 23 OGOS 2026 (The Capital Post) – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) meneruskan usaha menyemarakkan semangat patriotisme, budaya membaca dan kecemerlangan mahasiswa menerusi Perhimpunan Bulanan KPT Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Za’ba, KPT.

Perhimpunan tersebut disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, dengan pelbagai pengisian yang mengetengahkan nilai kecintaan terhadap negara serta pembangunan budaya ilmu dalam kalangan warga kementerian.

Antara pengisian yang diadakan termasuk Program Telaah Patriotisme, persembahan Puisi Tanah Air serta Majlis Penutupan Program Dekad Membaca Kebangsaan (DMK).

Majlis turut menyaksikan penyerahan Obor sempena Larian Obor Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2026 dan Jalur Gemilang kepada wakil jabatan serta agensi di bawah KPT sebagai sebahagian daripada penghayatan semangat patriotisme menjelang sambutan bulan kebangsaan.

-Advertisement-

Perhimpunan berkenaan turut disertai Puan Razzian binti Mat Razali, Pensyarah Kanan Program Sijil Teknologi Maklumat (STM), Kolej Komuniti Klang, yang bersama-sama memeriahkan program tersebut.

Pelaksanaan program seperti ini mencerminkan usaha KPT dalam membudayakan nilai patriotisme, memperkukuh semangat membaca serta menggalakkan penglibatan warga pendidikan tinggi dalam pelbagai agenda pembangunan negara. – The Capital Post