KPD Perkasa Usahawan Desa Melalui MAHA 2026

Estimate Reading Time: < 1 minute

SERDANG, 9 SEPTEMBER 2026 (The Capital Post) – Korporasi Pembangunan Desa (KPD) menyertai Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 yang berlangsung dari 28 Ogos hingga 6 September lalu di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

Penganjuran MAHA 2026 oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan, pemain industri, usahawan serta komuniti bagi mengetengahkan perkembangan dan potensi sektor pertanian, agromakanan serta agro pelancongan negara.

Penyertaan KPD dalam pameran berkenaan menjadi platform untuk memperkenalkan peranan serta inisiatif korporasi itu dalam memperkasa usahawan dan komuniti desa, selain membuka peluang kepada pembentukan jaringan kerjasama serta perkongsian idea dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi luar bandar.

-Advertisement-

Menerusi penyertaan tersebut, KPD turut mengetengahkan produk dan hasil usahawan desa, inovasi serta peluang baharu yang mampu menyokong pembangunan komuniti luar bandar.

KPD menegaskan komitmennya untuk terus membuka ruang, mencipta peluang dan memperkasa komuniti desa agar lebih berdaya saing serta mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara secara berterusan. – The Capital Post