JKR Melaka Sambut Pegawai Baharu

Estimate Reading Time: < 1 minute

MELAKA 17 September 2026 (The Capital Post) – Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka menerima kehadiran seorang pegawai baharu yang melapor diri bagi memperkukuh kapasiti serta kepakaran dalam penyampaian perkhidmatan kejuruteraan di negeri itu.

Datuk Pengarah JKR Melaka pagi ini menerima kunjungan dan menyambut kehadiran Puan Ir. Siti Khadijah binti A Rahim yang mula melapor diri sebagai Jurutera Elektrik Kanan Gred J12 di jabatan berkenaan.

Beliau akan ditempatkan di Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Melaka bagi menjalankan tanggungjawab berkaitan bidang kepakaran serta menyokong pelaksanaan tugas dan perkhidmatan kejuruteraan elektrik JKR Melaka.

Kehadiran pegawai berkenaan diharap dapat menyumbang kepakaran, pengalaman dan komitmen dalam usaha memperkukuh penyampaian perkhidmatan serta mengekalkan tahap kecemerlangan JKR Melaka.

-Advertisement-

Pihak jabatan turut menzahirkan harapan agar amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh integriti, dedikasi dan profesionalisme demi memastikan perkhidmatan terbaik terus disampaikan kepada masyarakat serta Negeri Melaka.

Selamat menjalankan tugas dan semoga segala tanggungjawab yang dipikul dapat dilaksanakan dengan jayanya – The Capital Post