Kerajaan Perkukuh Kesiapsiagaan Keselamatan Negara

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA, 4 November 2026 – Kerajaan mengarahkan semua kementerian dan agensi kerajaan menyemak semula Pelan Kesinambungan Perkhidmatan atau Business Continuity Plan (BCP) masing-masing bagi memastikan fungsi penting kerajaan dapat diteruskan sekiranya berlaku gangguan terhadap sistem komunikasi, tenaga, pengangkutan atau kemudahan kritikal.

Arahan itu dibuat susulan kenyataan Perdana Menteri di Parlimen mengenai kesiapsiagaan keselamatan negara. Semua Ketua Setiausaha dan Ketua Perkhidmatan telah dipanggil untuk membincangkan langkah memperkukuh kesiapsiagaan kerajaan dalam menghadapi ancaman semasa.

Kerajaan mengambil perhatian terhadap ketidaktentuan global dan konflik kepentingan yang berpotensi menimbulkan pelbagai bentuk ancaman terhadap keselamatan negara. Ancaman tersebut bukan sahaja melibatkan aspek konvensional, malah merangkumi serangan siber, sabotaj, penyebaran maklumat palsu serta gangguan terhadap rantaian bekalan.

Sehubungan itu, semua kementerian diarahkan memperkukuh penyelarasan antara agensi, perkongsian maklumat, kejelasan peranan setiap pihak serta perancangan tindakan yang lebih tersusun.

-Advertisement-

Keupayaan untuk bertindak dengan segera apabila berhadapan sebarang ancaman turut menjadi keutamaan bagi memastikan tindak balas kerajaan dapat dilaksanakan secara berkesan dan terkoordinasi.

Kerajaan menegaskan bahawa aspek kedaulatan dan keselamatan negara tidak akan dikompromi. Setiap implikasi serta risiko terhadap keselamatan negara, kepentingan sektor strategik dan keselamatan rakyat akan terus diberikan perhatian serius. – The Capital Post