Usai Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, saya berkesempatan

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA 19 September 2026 (The Capital Post) – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, menyeru rakyat supaya bersama-sama memainkan peranan dalam menangani keadaan jerebu yang semakin membimbangkan, sambil kerajaan terus berikhtiar mencari penyelesaian demi kepentingan rakyat.

Dalam satu hantaran di Facebook, Anwar berkata beliau berkesempatan menunaikan solat Jumaat di Surau Nur Perdana, Presint 10, selepas menghadiri Mesyuarat Jemaah Menteri.

Beliau turut menyertai solat hajat bersama kariah surau berkenaan bagi memohon pertolongan Allah SWT agar negara segera disembuhkan daripada bencana jerebu yang sedang melanda.

Anwar berkata usaha menangani keadaan tersebut akan terus dipergiatkan, termasuk mencari jalan penyelesaian terbaik demi kemaslahatan seluruh rakyat.

-Advertisement-

Dalam pada itu, beliau mengajak orang ramai supaya mengurus penggunaan tenaga dengan secermat mungkin pada ketika ini agar setiap pihak dapat memainkan peranan masing-masing.

Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan akan terus bekerja bagi membela dan melindungi rakyat dalam menghadapi situasi semasa.

Anwar berkata kerjasama semua pihak amat penting dalam memastikan usaha menangani jerebu dapat dilaksanakan dengan sebaiknya demi kesejahteraan rakyat keseluruhannya – The Capital Post