APM Cheras Tangkap Ular Di Mranti Park

Estimate Reading Time: < 1 minute

BUKIT JALIL 20 September 2026 (The Capital Post) – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Cheras mengendalikan satu Kes Menangkap Ular (KMU) di Bangunan Hive 9, Mranti Park, Puchong Bukit Jalil, semalam.

Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Cheras menerima makluman mengenai kehadiran seekor ular di kawasan bangunan berkenaan sebelum menggerakkan Skuad Charlie ke lokasi untuk menjalankan tindakan.

Seramai empat anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) APM dikerahkan bagi melaksanakan operasi menangkap dan mengalihkan reptilia tersebut mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Tindakan pantas anggota APM berjaya mengawal keadaan dan memastikan tiada ancaman terhadap orang awam serta pekerja yang berada di kawasan bangunan berkenaan.

-Advertisement-

Menurut pengurusan operasi APM Cheras, pihaknya mengesahkan menerima laporan berkaitan KMU di Bangunan Hive 9 Mranti Park sebelum empat anggota LLP Skuad Charlie digerakkan ke lokasi untuk menjalankan tindakan operasi menyelamat.

Operasi berlangsung lancar dan kawasan berkenaan disahkan selamat sepenuhnya selepas ular berjaya ditangkap serta dialihkan oleh pasukan APM – The Capital Post