JIPS Teruskan Bacaan Yasin Dan Surah Al-Kahfi Setiap Jumaat

Estimate Reading Time: < 1 minute

BUKIT AMAN 20 September 2026 (The Capital Post) – Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) meneruskan penganjuran Majlis Bacaan Yasin dan 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi sebagai aktiviti kerohanian mingguan dalam kalangan warga jabatan.

Majlis yang berlangsung pada 18 September 2026 itu merupakan program mingguan yang diadakan setiap Jumaat sebagai usaha menyemai kecintaan terhadap al-Quran serta mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan warga JIPS.

Program berkenaan turut diserikan dengan kehadiran YDH DCP Abd Rahman bin Atan, Timbalan Pengarah (Pematuhan Standard) JIPS, bersama barisan Ketua Penolong Pengarah, Penolong Pengarah, pegawai kanan polis, pegawai rendah polis serta pegawai awam daripada semua cawangan JIPS Bukit Aman.

-Advertisement-

Bacaan Surah Yasin dan 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi dipimpin oleh Ustaz Zul Hafiz bin Mohd Nor Hadi, manakala majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan hadis yang disampaikan oleh SAC Hj Pozlan bin Hj Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah (Agama dan Kaunseling) JIPS.

Penganjuran program secara konsisten setiap minggu itu menjadi antara inisiatif JIPS dalam memperkukuh penghayatan nilai kerohanian serta memupuk kebersamaan dalam kalangan warga jabatan – The Capital Post