KOTA DAMANSARA 20 September 2026 (The Capital Post) – Festival Mega iLINDUNGu rasmi bermula hari ini dengan suasana meriah apabila Strand Mall, Kota Damansara mula dipenuhi pengunjung sejak pagi menerusi pelbagai aktiviti, reruai perkhidmatan serta program KESUMA Bersama Rakyat.
Kemuncak hari pertama turut diserikan dengan debut persembahan K4LAM bersama PERKESO yang membuka pentas hiburan Festival Mega iLINDUNGu dengan persembahan bertenaga.
Festival berkenaan berlangsung selama tiga hari bermula 18 hingga 20 September dengan pelbagai pengisian menarik termasuk perkhidmatan PERKESO, peluang pekerjaan menerusi MYFutureJobs, sesi Meet & Greet, Food Fest, aktiviti keluarga, podcast serta persembahan artis.
-Advertisement-
Orang ramai yang belum berkunjung masih berpeluang hadir bagi memeriahkan festival yang berlangsung di Strand Mall, Kota Damansara dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
Festival Mega iLINDUNGu dijangka terus menawarkan pelbagai aktiviti dan pengisian kepada pengunjung sepanjang tempoh penganjuran sehingga 20 September ini – The Capital Post