Malaysia Perkukuh Agenda Tenaga Kerja Masa Depan di APEC

Estimate Reading Time: < 1 minute

NANJING, 21 September 2026 (The Capital Post) – Malaysia memperkukuh agenda pembangunan sumber manusia serantau dengan memberi tumpuan kepada kemahiran tenaga kerja masa hadapan serta peluasan peluang pekerjaan yang inklusif dan saksama menerusi Mesyuarat Menteri-Menteri Pembangunan Sumber Manusia APEC Ke-8 (HRDMM).

Mesyuarat peringkat tinggi yang berlangsung dari 20 hingga 21 September 2026 di Nanjing, China itu menghimpunkan ekonomi anggota APEC bagi membincangkan pembangunan modal insan dan cabaran pasaran kerja di rantau Asia-Pasifik.

Delegasi Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) diketuai oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia.

Penyertaan Malaysia memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh pembangunan sumber manusia, meningkatkan kemahiran tenaga kerja agar bersedia menghadapi keperluan masa hadapan serta memperluas akses kepada peluang pekerjaan yang lebih inklusif dan saksama.

-Advertisement-

Sebagai pembuka tirai program, Ketua Setiausaha KESUMA hadir mewakili Ketua Delegasi pada Majlis Makan Malam Aluan pada 20 September bagi memperkukuh hubungan dan kerjasama strategik antara ekonomi anggota APEC.

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Kementerian Sumber Manusia, penyertaan Malaysia dalam APEC HRDMM 2026 mencerminkan komitmen negara untuk membangunkan modal insan yang berdaya saing dan bersedia menghadapi perubahan dinamik pasaran kerja global. – The Capital Post