MELAKA, 22 September 2026 (The Capital Post) – Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka telah dibubarkan, sekali gus membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 yang akan menyaksikan kesemua 28 kerusi negeri dipertandingkan.
Pembubaran itu dibuat selepas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, menghadap Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr Mohd Ali Mohd Rustam, bagi memohon perkenan pembubaran DUN.
Susulan pembubaran tersebut, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan tarikh-tarikh penting termasuk penamaan calon, pengundian awal dan hari mengundi.
-Advertisement-
Pada PRN Melaka yang lalu pada 20 November 2021, Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan besar dengan memenangi 21 daripada 28 kerusi, manakala Pakatan Harapan (PH) memperoleh lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.
Pembubaran DUN kali ini membuka gelanggang baharu bagi parti-parti politik untuk bersaing merebut mandat pengundi dan membentuk kerajaan negeri bagi penggal seterusnya. – The Capital Post.