PDRM, ATM Perkukuh Kerjasama Strategik

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 22 September 2026 (The Capital Post) – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus memperkukuh kerjasama strategik menerusi kunjungan hormat Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Hj. Malek Razak Sulaiman ke Bukit Aman.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menerima kunjungan berkenaan di Ibu Pejabat PDRM pada Isnin (21 September).

Ketibaan PAT turut disambut barisan Pengarah PDRM sebelum beliau memeriksa kawalan kehormatan yang diketuai DSP Mohd Farid Mohd Anuar dengan kekuatan tiga pegawai dan 102 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan.

Malek Razak kemudiannya menyertai sesi bergambar sebelum menandatangani buku pelawat.

-Advertisement-

Kunjungan hormat itu bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara ATM dan PDRM, selain mempererat kerjasama serta hubungan baik yang sedia terjalin demi kepentingan keselamatan dan kesejahteraan negara.

Turut hadir Setiausaha Polis Malaysia, DCP Mohammad Mashdik Yahya; Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Julina Salehuddin; serta barisan pegawai kanan kedua-dua agensi.

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia, kunjungan itu mencerminkan hubungan erat dan kerjasama berterusan antara PDRM dan ATM. – The Capital Post