WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (35856) ORDER BY meta_id ASC

Aaron terhutang budi dengan peminat » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Aaron terhutang budi dengan peminat

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Dua kali dijulang sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 2011 dan 2013, mengajar Datuk Aaron Aziz, 47, erti pengorbanan peminat terhadap artis pujaan.

-Advertisement-

Aaron mengaku setiap kali ABPBH dianjurkan, ingatannya melayang kepada situasi yang pernah dilalui lebih sedekad lalu.

Pelakon berasal dari Singapura berkata, kesungguhan peminat yang bersusah payah mengundi artis pujaan tanpa jemu, biarpun terpaksa berkorban masa dan wang ringgit, sangat menyentuh hatinya.

“Saya pernah melihat bagaimana peminat bertungkus lumus hingga sanggup menyewa ‘chalet’ dan tidak tidur malam semata-mata kerana mahu mengundi saya.

“Banyak tenaga dan wang ringgit dikorbankan semata-mata kerana mahu melihat saya menang.

“Kejayaan yang saya raih itu bukan sekali, tetapi dua kali. Sejujurnya, kalau boleh, saya tidak mahu melihat perkara itu (susah payah peminat) berulang.

“Cukuplah apa yang sudah mereka lakukan sebelum ini,” katanya kepada BH Online selepas menjayakan acara promosi Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 di Karnival Jom Heboh (KJH) Selangor Generasi Muda di Dataran Dataran Karnival, Stadium Shah Alam, Sabtu lalu.

Pada edisi ke-35 ABPBH yang dilancarkan bulan lalu, Aaron bersaing dalam kategori Aktor TV Popular iaitu bagi kategori utama. Aaron juga bolos Top 20 bagi kategori Ekstra! membabitkan Couple Drama Popular dan Couple Filem Popular.

Malah, drama lakonan Aaron berjudul Suamiku Lelaki Pendosa yang menyaksikan dirinya berganding dengan aktres kontroversi, Sophia Albarakbah, dicalonkan dalam kategori Drama Popular.

Aaron mengaku tidak tahu dirinya tercalon dalam empat kategori pada ABPBH 35.

“Walaupun saya tidak mengharapkan kemenangan, ia menunjukkan orang masih terima saya dalam industri.

-Advertisement-

“Kalau ada rezeki, saya serah kepada Allah. Namun, jika sebaliknya, saya tetap bersyukur dengan apa yang saya ada,” katanya.

Mengulas kehadirannya ke acara promosi ABPBH 35 di KJH Selangor Generasi Muda, Aaron mengaku detik manis yang pernah dilalui pada zaman kegemilangan pada platform acara anugerah berprestij ini, muncul kembali.

“Majlis ini sangat meriah dan momen ini membawa kembali ingatan saya kepada zaman kemuncak saya dahulu yang sering menyertai acara turun padang seperti ini.

“Tidak dinafikan, saya rindu suasana itu. Rasa seronok dapat berjumpa dan beramah mesra dengan peminat yang setia menyokong kerjaya seni saya dari dulu hingga sekarang,” katanya dalam nada teruja.

Tidak bercakap kosong, sebaliknya apa yang dinyatakan bapa kepada tiga cahaya mata ini terbukti apabila peminat berebut-rebut merakamkan foto bersamanya.

Sehubungan itu, pelakon filem Ombak Rindu dan KL Gangster 2 ini berharap kepada calon ABPBH 35 agar sentiasa merendah diri dan tidak bersikap sombong dengan peminat.

“Jika mahu berjaya, selain sentiasa komited dan memberi hasil kerja yang terbaik, paling penting, artis kena hormat dan hargai peminat.

“Jika ada kelab peminat, kenalah jaga dengan penuh keikhlasan hati. Ingatlah, tanpa mereka, kita tidak akan berada di kedudukan hari ini,” pesan aktor bertubuh sasa ini.

– Berita Harian

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (39383,39372,39368,39365) ORDER BY meta_id ASC