WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (25659) ORDER BY meta_id ASC

Agong titah Ahli Parlimen bersepakat, jujur pelantikan PM baharu » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Agong titah Ahli Parlimen bersepakat, jujur pelantikan PM baharu

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah supaya setiap Ahli Dewan Rakyat bersepakat dan jujur dalam perlantikan Perdana Menteri baharu demi memastikan kemaslahatan dan keselamatan rakyat menjadi keutamaan.

-Advertisement-

Baginda menzahirkan titah itu dalam sesi menghadap ketua-ketua dan wakil politik utama di Istana Negara, semalam.

Baginda bertitah, sesiapa pun juga yang dilantik menerajui kepemimpinan Kerajaan Persekutuan hendaklah dipilih mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

“Rakyat tidak wajar dibebankan dengan kemelut politik yang tidak berkesudahan dan pada masa yang sama negara bergelut dengan isu kesihatan dan ekonomi akibat pandemik COVID-19.

-Advertisement-

“Kesepakatan dan kejujuran ahli-ahli Dewan Rakyat sangat perlu bagi memastikan kemaslahatan dan keselamatan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

“Ahli-ahli Dewan Rakyat perlu mempamerkan solidariti dengan meneruskan ikhtiar, memberikan komitmen yang tinggi dan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat,” kata baginda dalam kenyataan yang disiarkan Istana Negara hari ini.

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC