WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (30082) ORDER BY meta_id ASC

Ahli Parlimen perlu kosongkan kerusi jika tukar parti » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Ahli Parlimen perlu kosongkan kerusi jika tukar parti

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Mana-mana Ahli Dewan Rakyat yang bertukar parti, baik dalam gabungan sama atau berbeza akan kehilangan kerusi Parlimen disandang.

-Advertisement-

Itu antara lapan parameter utama dalam penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti, yang dibentang oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Dewan Rakyat, hari ini.

Perdana Menteri berkata, Ahli Dewan Rakyat yang meninggalkan parti politiknya selepas menang pilihan raya untuk menjadi wakil rakyat Bebas juga perlu mengosongkan kerusi disandang.

Jelasnya, RUU itu memperincikan keanggotaan Ahli Dewan Rakyat merujuk kepada keahlian mereka dalam sesebuah parti politik, dan bukan keanggotaan parti itu dalam mana-mana gabungan.

Bagaimanapun, katanya, RUU itu turut memperuntukkan beberapa pengecualian kepada wakil rakyat yang bertukar parti, antaranya Ahli Dewan Rakyat dipecat daripada partinya tidak perlu mengosongkan kerusi Parlimen disandang.

-Advertisement-

“Ahli Dewan Rakyat yang keluar daripada parti politik dalam satu parti gabungan dan menyertai parti politik yang lain dalam parti gabungan yang sama atau berbeza, adalah terhenti menjadi Ahli Dewan Rakyat.

“Mana-mana Ahli Dewan Rakyat yang bertukar parti atau meninggalkan parti politik yang beliau menjadi calon semasa pilihan raya, untuk menjadi Ahli Dewan Rakyat Bebas, akan terhenti menjadi Ahli Dewan Rakyat dan perlu mengosongkan kerusi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan RUU Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti di Dewan Rakyat, hari ini.

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC