WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (30079) ORDER BY meta_id ASC

RUU larangan lompat parti bakal akhiri krisis politik berpanjangan - PM » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

RUU larangan lompat parti bakal akhiri krisis politik berpanjangan – PM

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022, yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, bakal memastikan kemelut politik berpanjangan sejak dua tahun lalu, tidak berulang.

-Advertisement-

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata RUU berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti itu akan memastikan kestabilan politik dan mengelakkan negara terus berdepan krisis politik yang tiada kesudahan.

Beliau berkata, RUU itu juga sebagai mesej jelas kepada setiap Ahli Dewan Rakyat supaya berpegang kepada prinsip parti yang diwakili, melindungi mandat rakyat yang diterima ketika pilihan raya, serta kepercayaan tinggi kepada ahli Dewan Rakyat ketika proses pilihan raya.

“Saya yakin RUU ini mampu menghentikan tindakan mana-mana pihak yang dipilih dan dilantik, daripada bertukar parti tanpa sebab kukuh atau alasan munasabah, sekali gus memastikan kestabilan politik negara untuk suatu jangka masa panjang,” katanya.

-Advertisement-

Beliau berkata demikian ketika membentangkan RUU Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti di Dewan Rakyat, hari ini.

Berita lanjut menyusul

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC