Amaran cuaca buruk di empat negeri ditamatkan

Estimate Reading Time: < 1 minute

RANTAU PANJANG: Amaran cuaca buruk dan waspada yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) semalam di empat negeri ditamatkan hari ini.

-Advertisement-

Empat negeri berkenaan adalah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini bagaimanapun berkata, keadaan hujan berterusan di beberapa bahagian di Sarawak dijangka boleh berlaku.

Sehubungan itu katanya, amaran cuaca waspada (Kuning) dikeluarkan untuk negeri Sarawak berkuatkuasa hari ini sehingga 5 Disember membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Mukah.

Angin kencang 40 – 50 km/jam dengan ombak mencapai 3.5 meter dijangka boleh berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur dalam tempoh berkenaan.

-Advertisement-

Kejadian ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit.

Sementara itu, di Kelantan jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 12,485 orang daripada 4,348 keluarga yang ditempatkan di 70 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tujuh daerah sehingga jam 12 tengahari ini.

Berdasarkan aplikasi info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan, dua daerah yang dilanda banjir sebelum ini iaitu Jeli dan Bachok kembali pulih, apabila PPS di daerah berkenaan ditutup hari ini. -Bharian