Tiada kenaikan tarif elektrik hingga Jun 2020

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Pengguna domestik di Semenanjung tidak akan menanggung kenaikan tarif elektrik dalam tempoh 1 Januari hingga 30 Jun tahun depan.

-Advertisement-

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Yeo Bee Yin, berkata perkara itu diputuskan Kabinet pada 29 November lalu.

Sehubungan itu katanya, kadar tarif elektrik akan dikekalkan pada kadar asas iaitu 39.45 sen kilowatt sejam (kWj).

“Untuk kategori pengguna domestik sebanyak RM62.95 juta diperuntukkan menerusi Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) akan digunakan untuk menampung Pelepasan Kos Bahan Api Tidak Seimbang (ICPT) supaya tiada surcaj dikenakan kepada pengguna domestik.

“Ini adalah 18 bulan berturut-turut tiada peningkatan melalui surcaj dikenakan kepada pengguna elektrik domestik,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang meminta Menteri menyatakan status pelaksanaan mekanisme Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) dalam penentuan tarif elektrik di Semenanjung setiap enam bulan dan adakah tarif elektrik meningkat Januari depan.

-Advertisement-

Bee Yin berkata, untuk kategori komersial dan industri, surcaj sebanyak 2.55 sen kWj dikenakan untuk tempoh Julai hingga Disember tahun ini.

Berikutan penurunan kos bahan api untuk tempoh enam bulan ini, kementerian akan menurunkan surcaj pengguna komersial dan industri kepada 0.55 sen kWj daripada 2.55 sen kWj.

Keputusan itu membolehkan sebanyak 7.4 juta pengguna domestik akan diberikan pengecualian surcaj tarif elektrik, manakala pengguna domestik akan mengalami pengurangan surcaj iaitu pengurangan kadar efektif tarif elektrik dalam bil elektrik mereka.

“Bagaimanapun, kementerian cadangkan supaya pengguna elektrik sentiasa mengambil langkah kecekapan tenaga supaya tidak terjejas pada masa akan datang jika harga bahan api meningkat,” katanya. -The Star


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373