Amaran Cuaca Waspada di Kelantan dan Terengganu – MET Malaysia

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA, 12 November 19 -(The Capital Post) Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amararan cuaca waspada di Negeri Kelantan dan Terengganu berikutan terdapatnya luruan angin timur laut yang bertiup kencang sehingga 14 dan 15 November 2019

-Advertisement-

Antara kawasan – kawasan yang terlibat ialah:

a) Kelantan: Jajahan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.

b) Terengganu: Daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman

-Advertisement-

Berikutan daripada luruan angin timur laut ini, kejadian hujan berterusan dan angin kencang dengan kelajuan melebihi 50 kmsj dengan ombak melebihi 3.5 meter dijangka berlaku di perairan pantai timur Semenanjung dalam tempoh tersebut.

Selain itu, kenaikan paras air laut turut dijangka berlaku berikutan daripada kejadian air pasang dalam tempoh tersebut. Kejadian ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit. – The Capital Post


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373