Sekurang-kurangnya 6 tentera terbunuh, 20 cedera di tengah Filipina

Estimate Reading Time: < 1 minute

MANILA- Sekurang-kurangnya enam tentera terbunuh dan 20 lagi cedera dalam pertembungan di antara pasukan keselamatan dan pemberontak di wilayah timur Samar di tengah Filipina, lapor agensi berita Xinhua.

-Advertisement-

Polis berkata pemberontak Tentera Rakyat Baru (NPA) turut terbunuh dalam pertempuran selama 30 minit, kira-kira pukul 5 petang waktu tempatan pada Isnin ketika tentera menjalankan operasi di Pinana-an, sebuah kampung di bandar Borongan di wilayah itu.

Menurut polis, sebelum pertempuran tercetus enam bom buatan sendiri berjaya dimatikan.

Setakat ini, pihak tentera belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

-Advertisement-

Presiden Filipina Rodrigo Duterte telah memerintahkan tentera untuk menamatkan pemberontakan NPA menjelang 2022.

Pemberontak NPA menentang kerajaan sejak 1969, serangan tertumpu di kawasan luar bandar.- BERNAMA