WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (373) ORDER BY meta_id ASC

APMM tahan tekong warga Thailand ceroboh perairan Malaysia » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

APMM tahan tekong warga Thailand ceroboh perairan Malaysia

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA PERLIS- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Zon Maritim Kuala Perlis menahan sebuah bot nelayan milik seorang warganegara Thailand pagi tadi kerana menceroboh dan memukat ketam tanpa kebenaran di kawasan perairan negara.

-Advertisement-

Pengarahnya, Komander Maritim Nurulazme Zakariah berkata bot itu ditahan di jarak 5.3 batu nautika dari pantai Sungai Baru pada kira-kira pukul 9.30 pagi.

“Pemeriksaan ke atas bot itu menemukan seorang tekong berusia 35 tahun serta 10 kilogram ikan campur. Bot berkenaan telah dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Perlis untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

-Advertisement-

Beliau berkata tekong itu akan dibawa ke Mahkamah Kangar esok bagi mendapatkan perintah tahanan reman, dan kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 kerana pencerobohan penangkapan ikan oleh vesel asing di perairan perikanan Malaysia.

Nurulazme seterusnya berkata orang ramai yang ingin menyampaikan laporan, aduan dan kecemasan di laut boleh terus menghubungi Maritim Malaysia dengan menelefon MERS 999, atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Kuala Perlis dengan menelefon 04-9851072 atau 04-9851162.- Bernama

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4228,4225,4222,4219) ORDER BY meta_id ASC


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373