Bellingham naik teksi hadir ke pusat latihan Real

Estimate Reading Time: 2 minutes

MADRID: Peminat setia Real Madrid mula jatuh cinta dengan Jude Bellingham selepas dia hadir ke pusat latihan dengan menaiki teksi.

-Advertisement-

Pemain kebangsaan England itu menyertai Madrid dalam perjanjian bernilai £115 juta (RM669 juta) dari Borussia Dortmund pada awal jendela perpindahan musim panas.

Bellingham, 20, menerima kenaikan gaji ketara sejak tiba di Sepanyol selepas menandatangani kontrak bernilai £12 juta (RM69.7 juta) setahun.

Dia baru sahaja dua bulan berada di negara itu susulan perpindahannya dan jelas masih menyesuaikan diri.

-Advertisement-

Ketika ramai rakan sepasukan Bellingham tiba dengan kereta mewah di pusat latihan Los Blancos di Valdebebas, dia hadir dengan menaiki teksi Toyota.

Pemain seperti Eduardo Camavinga, Toni Kroos dan pengurus Carlo Ancelotti tiba menaiki BMW manakala Luka Modric memandu Bentley.

Bintang Perancis, Aurelien Tchouameni dan pemain antarabangsa Brazil, Vinicius Jr lebih memukau kerana mereka hadir dengan memandu kereta Lamborghini.

Jude Bellingham tiba dengan teksi jenis Toyota ketika menghadiri sesi latihan di Valdebebas. – Foto TikTok
Jude Bellingham tiba dengan teksi jenis Toyota ketika menghadiri sesi latihan di Valdebebas. – Foto TikTok

Bagaimanapun ketibaan Bellingham dengan teksi ternyata mengagumkan penyokong kelab itu di media sosial.

Seorang peminat menciap: “Semua pemain Real Madrid tiba di Valdebebas dengan kereta besar dan Jude Bellingham hanya menggunakan teksi.”

Peminat kedua menulis: “Jude amat klasik, sukakan pemain ini.”

Penyokong lain berkata: “Seorang yang merendah diri.”

“Saya melihat beberapa keping gambar dan video Jude di Madrid. Saya fikir dia cuba yang terbaik untuk menyesuaikan diri dalam komuniti. Pemain UK terkenal kerana kesukaran mereka untuk menyesuaikan diri. Bagus buat Jude,” kata seorang lagi peminat.

Bellingham adalah pembelian utama Madrid pada musim panas ini dan dijangka melakukan penampilan sulung kompetitif hujung minggu ini.

Real bertandang ke Athletic Bilbao untuk berdepan pasukan di tangga kelapan musim lalu.

– AGENSI

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373