Berang dituduh menagih dadah, suami bakar isteri hingga mati

Estimate Reading Time: < 1 minute

MANJUNG: Berang dituduh menagih dadah, seorang suami dipercayai membakar isterinya di kediaman mereka di Kampung Bharu di sini, kelmarin.

-Advertisement-

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah, berkata Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung menerima panggilan daripada seorang wanita memaklumkan tindakan adik lelakinya itu jam 6.42 petang, kelmarin.

Katanya, mangsa yang berumur 33 tahun dibawa ke Hospital Seri Manjung bagi menerima rawatan tetapi disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada jam 12.20 tengah hari tadi.

“Bedah siasat akan dijalankan esok bagi mengetahui punca kematian.

“Siasatan awal mendapati suspek tidak berpuas hati dengan mangsa dan keluarga isterinya itu yang menuduh lelaki terbabit mengambil dadah.

-Advertisement-

“Suspek berusia 28 tahun itu ditahan di sebuah restoran di Lumut di sini, kira-kira jam 11 malam tadi dan polis juga turut merampas bahan bukti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, suspek direman tujuh hari sehingga 18 Julai depan bagi siasatan lanjut.

“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373