Bergelar usahawan ketika ditahan, selepas 32 tahun jadi buruan polis

Estimate Reading Time: < 1 minute

CHANGSHA- Polis di Hunan, tengah China pada Sabtu menahan seorang ahli perniagaan yang menjadi pelarian selama 32 tahun.

-Advertisement-

Zhang Songming ditahan selama enam tahun pada 1987 kerana mencuri basikal – harta berharga di kalangan penduduk China ketika itu – tetapi melarikan diri daripada penjara pada tahun sama, menurut biro keselamatan awam perbandaran Changde.

Selepas itu beliau melarikan diri ke beberapa wilayah China dan bekerja sebagai tukang simen.

Dia menukar namanya dan mendapat kad pengenalan baharu pada 1990-an ketika kembali ke kampung halamannya di Hubei, sewaktu sistem pendaftaran isi rumah kebangsaan masih belum sempurna.

-Advertisement-

Sewaktu ditahan pada lewat September, Zhang, 55, memiliki sebuah syarikat membaiki kebocoran bangunan dan tidak seorang pun ahli keluarganya menyedari statusnya.

Polis berkata operasi memburu Zhang dihentikan selepas beberapa tahun dia melarikan diri.

Selepas Kementerian Keselamatan Awam melancarkan operasi besar-besaran memburu banduan yang melarikan diri dari penjara di seluruh negara pada tahun ini, lebih sebulan diperlukan pihak berkuasa di Chengde bagi menjejaki Zhang.- BERNAMA