WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33355) ORDER BY meta_id ASC

Bursa Malaysia bermula lemah minggu ini » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Bursa Malaysia bermula lemah minggu ini

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR, 13 Feb 2023 (The Capital Post): Bursa Malaysia memulakan dagangan pada hari Isnin minggu ini rendah, menyusut daripada keuntungan yang diraih minggu sebelumnya ekoran sentimen yang berhati-hati.

-Advertisement-

Seorang penganalisis berkata, pasaran turut mengambil petunjuk daripada prestasi lemah Wall Street Jumaat minggu lalu.

Pada 9.15 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.73 mata kepada 1,471.86 berbanding penutupan Jumaat pada daripada penutupan Jumaat pada 1,474.59.

Namun begitu, indeks utama itu dibuka 0.13 mata lebih baik pada 1,474.72.

Pergerakan harga di pasaran negatif menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 246 berbalas 153, manakala 317 kaunter tidak berubah, 1,459 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan 153.85 juta unit bernilai RM473.42 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata Wall Street mengakhiri urus niaga dalam keadaan bercampur-campur pada Jumaat lalu apabila peniaga memikirkan langkah seterusnya Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah pelbagai isyarat ekonomi yang tidak menentu.

Purata Indeks Dow Jones menambah 169 mata, tetapi Nasdaq kehilangan 71 mata apabila hasil 10 tahun Perbendaharaan AS meningkat lebih tinggi melepasi paras 3.74 peratus.

Di dalam negara pula, kegiatan memburu saham berharga murah akhirnya muncul di bursa tempatan minggu lepas menyaksikan pelabur tertumpu kepada saham perbankan dan berkaitan tenaga.

“Bagaimanapun, kami berpendapat aktiviti dagangan dijangka menjadi lebih berhati-hati berikutan prestasi bercampur-campur Wall Street. Justeru, kami mengunjurkan indeks utama berlegar dalam julat 1,470-1,480 hari ini,” katanya kepada Bernama.

-Advertisement-

Bagi komoditi, walaupun pengeluaran lebih baik dari AS, harga minyak mentah telah meningkat dengan minyak mentah Brent melebihi AS$86 setong.

Sementara itu, saham wajaran tinggi Bursa, Maybank menokok 2.0 sen kepada RM8.77 dan CIMB meningkat 3.0 sen menjadi RM5.40, manakala kedua-dua Tenaga Nasional dan IHH Healthcare turun 3.0 sen, masing-masing mencatatkan RM9.74 dan RM5.87 dan Petronas Chemicals susut 7.0 sen kepada RM8.18.

Bagi saham aktif, Iris dan MYEG masing-masing susut 1.5 sen kepada 12 sen dan 59.5 sen, Zen Tech dan warannya pula turun setengah sen kepada 3.0 sen dan 1.5 sen, manakala Sapura Energy meningkat setengah sen menjadi 5.0 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menguncup 22.38 mata kepada 10,717.66, Indeks FBMT 100 susut 20.39 mata menjadi 10,385.34 dan Indeks FBM 70 rendah 31.30 mata kepada 13,538.68.

Indeks FBM Emas Syariah pula kerugian 36.92 mata kepada 11,009.49 dan Indeks FBM ACE lemah 46.64 mata menjadi 5,697.36.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan susut 4.62 mata kepada 6,882.03, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 1.23 mata kepada 188.92 dan Indeks Tenaga merosot 4.60 mata menjadi 891.77, manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 19.35 mata kepada 16,132.72.

-BERNAMA -BH

(The Capital Post)

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC