Hati-hati ketika guna Internet, media sosial, pesan Fahmi

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 7 Feb 2023 (The Capital Post): Pengguna Internet digesa supaya sentiasa berwaspada dan berhati-hati ketika menggunakan Internet, media sosial serta lain-lain aplikasi.

-Advertisement-

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata isu keselamatan siber perlu diberi perhatian oleh semua pihak, bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa serangan siber.

“Gunalah kemudahan teknologi ini dengan positif, berhemah dan penuh tanggungjawab bagi mewujudkan komuniti siber Madani.

“Selamat Hari Keselamatan Internet 2023. Sentiasa bijak, sentiasa selamat dan bersama-sama ke arah kesejahteraan siber,” katanya dalam video ucapan berdurasi 1 minit 37 saat bersempena sambutan itu, yang dimuat naik di Facebook Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), hari ini.

Fahmi berkata, ancaman dan serangan siber berupaya menyebabkan berlaku pelbagai insiden, antaranya ketirisan data, kecurian maklumat peribadi, pencerobohan, penggodaman, penipuan dalam talian, scam dan buli siber.

-Advertisement-

Beliau berkata, insiden seumpama itu berlaku disebabkan penggunaan teknologi dan Internet yang tidak selamat, (penggunaan) tanpa amalan baik yang sewajarnya.

– BERNAMA -BH

(The Capital Post)


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373