WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (28320) ORDER BY meta_id ASC

Bursa Malaysia dibuka kukuh » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Bursa Malaysia dibuka kukuh

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula untuk dibuka tinggi pada Rabu, didorong oleh minat belian yang muncul kembali selain menjejaki kenaikan di Wall Street dalam tempoh semalaman, kata penganalisis.

-Advertisement-

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran meningkat 8.96 mata kepada 1,539.05 daripada 1,530.09 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks utama itu dibuka 1.10 mata lebih tinggi kepada 1,531.19.

Lingkungan pasaran adalah positif dengan kaunter untung mendahului kaunter rugi sebanyak 221 berbanding 128, manakala 235 kaunter tidak berubah, 1,629 kaunter tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 211.81 juta unit bernilai RM147.71 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, peningkatan semula bursa tempatan mungkin menyambung semula secara perlahan-lahan kerana kenaikan akan dikekang oleh kekurangan petunjuk baharu di peringkat domestik.

“Dari sudut positif, kadar pengangguran terus menunjukkan prestasi lebih baik, susut kepada 4.2 peratus pada Disember 2021, menandakan pemulihan ekonomi sebahagian besarnya berada di landasan,” katanya.

Pada Selasa, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan penduduk bekerja terus meningkat pada DIsember 2021 dengan peningkatan marginal sebanyak 0.2 peratus bulan ke bulan kepada 15.65 juta orang daripada 15.61 juta orang pada November 2021.

-Advertisement-

Selain itu, Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI) turut naik 5.8 peratus pada Disember 2021 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya, menurut DOSM.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank dan CIMB masing-masing menokok lapan sen kepada RM8.43 dan RM5.32, Press Metal meningkat sembilan sen kepada RM6.39, Petronas Chemicals tidak berubah pada RM9.05, manakala IHH Healthcare susut dua sen kepada RM6.48.

Bagi saham aktif, AirAsia menambah dua sen kepada 68 sen, DneX dan SMTrack masing-masing meningkat setengah sen kepada 98 sen dan 19 sen, serta YTL Power meningkat tujuh sen kepada 67 sen.

Di papan indeks, FBM ACE naik 3.94 mata kepada 6,251.55; FBM 70 mengukuh 44.09 mata kepada 13,656.89; Indeks FBM Emas meningkat 53.69 mata kepada 11,083.12; Indeks FBMT 100 menambah 55.14 mata kepada 10,761.49 dan Indeks FBM Emas Syariah menokok 33.08 mata kepada 11,779.61.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 121.56 mata kepada 15,949.34; Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian naik 1.1 mata kepada 206.75 manakala Indeks Perladangan menambah 31.08 mata kepada 6,649.66.

-BERNAMA -BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC