Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini dengan indeks utama menokok 0.34 peratus berikutan aktiviti belian saham berharga rendah.

-Advertisement-

Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.15 mata kepada 1,508.05 daripada 1,502.90 sewaktu ditutup pada Isnin.

Indeks itu dibuka 2.37 mata lebih tinggi kepada 1,505.27.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 213 kepada 137, manakala 243 kaunter tidak berubah, 1,607 tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung.

Jumlah dagangan pada 213.17 juta unit bernilai RM84.40 juta.

Rakuten Trade berkata FBM KLCI meningkat semula daripada paras rendah berikutan wujudnya aktiviti belian saham yang berharga rendah.

“Malah, turut menarik perhatian apabila dana asing merupakan pembeli bersih walaupun dalam ketidaktentuan politik. Untuk hari ini, kami jangka dagangan di bursa tempatan akan stabil dan menyaksikan indeks berlegar dalam lingkungan 1,500 hingga 1,510,” katanya.

-Advertisement-

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan CIMB masing-masing menokok lima sen kepada RM8.11 dan RM4.56, manakala Public Bank dan TNB naik satu sen masing-masing kepada RM3.94 dan RM9.76, Press Metal menokok empat sen kepada RM4.95, Hong Leong Bank naik 20 sen kepada RM18.40 dan Petronas Chemicals susut satu sen kepada RM7.94.

Bagi saham aktif, Tanco dan Mobilia masing-masing naik 1.5 sen kepada 23 sen dan 55.5 sen, TFP Solutions meningkat satu sen kepada 21.5 sen, manakala KNM tidak berubah pada 22 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 22.03 mata kepada 11,022.44, FBM ACE menambah 36.47 mata kepada 7,125.69, Indeks FBM Emas Syariah naik 10.51 mata kepada 12,091.21, Indeks FBMT 100 meningkat 19.18 mata kepada 10,736.84 dan FBM 70 jatuh 42.30 mata kepada 14,436.60.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 54.74 mata kepada 14,786.41, Indeks Perladangan tinggi 20.78 mata kepada 6,268.01 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.36 mata kepada 188.29.

– Bernama -BH