WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (28588) ORDER BY meta_id ASC

Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka 0.22 peratus lebih tinggi pada Jumaat setelah menjejaki prestasi ekuiti global selain susulan perkembangan terkini krisis Russia-Ukraine, dengan pelabur mengambil pendekatan tunggu dan lihat terhadap kemungkinan sekatan penguatkuasaan ke atas import bahan api Russia.

-Advertisement-

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran meningkat 3.51 mata kepada 1,602.48 daripada 1,598.97 ketika ditutup pada Khamis.

Barometer itu dibuka 2.34 mata lebih rendah kepada 1,596.63 namun mencatatkan peningkatan selepas itu.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 213 berbanding 110, manakala 225 kaunter tidak berubah sementara itu 1,754 kaunter tidak diniagakan dan 44 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 161.55 juta bernilai RM113.66 juta.

Menurut Public Investment Bank Bhd, saham Wall Street meningkat dan bon kerajaan kekal mengalami tekanan pada Khamis memandangkan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden bertemu dengan para pemimpin Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan G7 untuk membincangkan tindak balas kolektif mereka terhadap pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan untuk meningkatkan persediaan bagi potensi ancaman senjata kimia dan nuklear, sementara itu, pelabur menunggu maklum balas daripada pemimpin Kesatuan Eropah mengenai kemungkinan sekatan terhadap import bahan api fosil Russia, tambahnya.

-Advertisement-

“Pelabur juga kekal menumpukan langkah dasar monetari dan inflasi berterusan, selepas mengesan kembali kerugian awal yang berpunca daripada bermulanya perang Russia dengan Ukraine,” jelasnya dalam nota penyelidikan pada Jumaat.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM8.98, Public Bank naik satu sen kepada RM4.66, Petronas Chemicals menokok empat sen kepada RM9.66 manakala IHH Healthcare dan CIMB masing-masing menokok lima sen kepada RM6.59 dan RM5.32.

Bagi saham aktif, Dagang Nexchange meningkat dua sen kepada RM1.06, Opcom menambah 2.5 sen kepada 82 sen, manakala Velesto Energy dan CSH masing-masing turun setengah sen setiap satu masing-masing kepada 10.5 sen dan 14 sen, dan Eduspec tidak berubah pada dua sen.

Di papan indeks, FBM 70 meningkat 80.32 mata kepada 13,781.74; Indeks FBM Emas naik 33.76 mata kepada 11,444.52; Indeks FBM Emas Syariah menambah 60.75 mata kepada 12,065.18; Indeks FBMT 100 menokok 33.83 mata kepada 11,133.21 dan FBM ACE naik 39.35 mata kepada 5,631.54.

Mengikut sektor, Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.84 mata kepada 205.32; Indeks Perladangan meningkat 13.83 mata kepada 8,048.69 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 22.83 mata kepada 16,755.36.

– Bernama -BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC