WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (29211) ORDER BY meta_id ASC

Bursa Malaysia dibuka lemah ikut jejak Wall Street » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Bursa Malaysia dibuka lemah ikut jejak Wall Street

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia secara keseluruhannya dibuka rendah pada Jumaat, menjejaki penurunan di Wall Street dalam tempoh semalaman berikutan pelabur kekal berhati-hati terhadap unjuran pasaran global, dalam keadaan pasaran mengalami turun naik ketara, kata peniaga.

-Advertisement-

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 25.41 mata kepada 1,447.36 daripada 1,472.77 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks penanda aras itu dibuka 11.84 mata lebih rendah kepada 1,460.93.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 466 berbanding 49, manakala 200 kaunter tidak berubah, 1,564 kaunter tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 387.81 juta unit bernilai RM134.35 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata pelabur dilihat bimbang dengan pendekatan agresif Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) dalam mengekang inflasi boleh menyebabkan ekonomi mengalami kemelesetan.

“Ekoran turun naik pasaran yang amat ketara di seluruh rantau dan penjualan besar-besaran di Wall Street dalam tempoh semalaman, kami menjangkakan pasaran tempatan menghadapi sedikit halangan dan indeks penanda aras mungkin berada dalam aliran berjulat kecil 1,460 hingga 1,470 hari ini,” katanya kepada Bernama.

-Advertisement-

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut tujuh sen kepada RM8.65, Public Bank turun lima sen kepada RM4.50, Petronas Chemicals kurang 15 sen kepada RM9.48, IHH Healthcare menguncup 13 sen kepada RM6.21, dan CIMB merosot tujuh sen kepada RM4.95.

Bagi saham aktif, Sapura Energy dan TWL masing-masing kekal tidak berubah pada lima sen dan tujuh sen, Dagang NeXchange turun 2.5 sen kepada 81.5 sen dan Bintai Kinden susut satu sen kepada sembilan sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 159.19 mata kepada 10,335.40; Indeks FBM Emas Shariah turun 201.16 mata kepada 10,462.47; FBM 70 kurang 142.09 mata kepada 12,498.05; FBM ACE menguncup 57.94 mata kepada 4,756.80 dan Indeks FBMT 100 merosot 162.09 mata kepada 10,065.13.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 152.98 mata kepada 16,206.29; Indeks Perladangan turun 156.98 mata kepada 7,161.09 serta Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian kurang 3.31 mata kepada 185.51.

-BERNAMA -BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC