WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33380) ORDER BY meta_id ASC

Bursa Malaysia dibuka rendah » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Bursa Malaysia dibuka rendah

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR, 20 Feb 2023 (The Capital Post): Dagangan Bursa Malaysia dibuka dan bergerak berhati-hati pada pagi urus niaga Isnin selepas Wall Street mempamerkan prestasi bercampur-campur pada Jumaat lalu.

-Advertisement-

Pada 9.11 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.08 mata kepada 1,475.82 daripada penutupan Jumaat pada 1,476.90, selepas dibuka 2.65 mata lebih lemah pada paras 1,474.25.

Pergerakan harga di pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 184 berbalas 176, manakala 261 kaunter tidak berubah, 1,607 tidak diniagakan dan 29 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 293.58 juta unit bernilai RM119.57 juta.

Menurut nota penyelidikan hari ini, Hong Leong Investment Bank menyatakan FBM KLCI mungkin tersekat dalam kedudukan mendatar yang berterusan minggu ini sambil menantikan petunjuk yang lebih jelas daripada pembentangan Belanjawan 2023 selain musim pelaporan keputusan korporat tempatan.

Bank pelaburan itu menambah paras sokongan untuk indeks penanda aras dijangka pada 1,460.0 dan 1,470 manakala paras rintangan pada 1,487-1,500 hari ini.

Dalam pada itu, saham wajaran tinggi Bursa – IHH Healthcare menokok sembilan sen kepada RM6.07, DIGI melonjak 24 sen menjadi RM4.54, Maybank turun empat sen menjadi RM8.71, Public Bank tidak berubah pada RM4.15 manakala Petronas Chemicals susut empat sen kepada RM8.24 dan TNB turun enam sen kepada RM9.83.

-Advertisement-

Bagi saham aktif, Ho Wah Genting menokok satu sen kepada 15.5 sen, Euro Holdings menambah setengah sen menjadi 14.5 sen, Hong Seng Consolidated tidak berubah pada 18.5 sen, Iris Corp dan Luster Industries masing-masing susut setengah sen kepada 11.5 sen dan 9.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menguncup 10.20 mata kepada 10,731.96, Indeks FBMT 100 turun 11.63 mata menjadi 10,398.61 manakala Indeks FBM Emas Syariah susut 9.24 mata kepada 11,093.24.

Indeks FBM 70 merosot 32.47 mata kepada 13,492.96 tetapi Indeks ACE FBM meningkat 6.65 mata kepada 5,666.31.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan mengembang 21.28 mata kepada 6,858.96, Indeks Tenaga susut 3.88 mata menjadi 879.96, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lebih rendah 1.09 mata kepada 189.43, dan Indeks Perkhidmatan Kewangan kerugian 5.11 mata kepada 116,031.11.

– Bernama -BH

( The Capital Post)

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC