WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33382) ORDER BY meta_id ASC

Facebook dan Instagram perkenal akaun berbayar » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Facebook dan Instagram perkenal akaun berbayar

Estimate Reading Time: < 1 minute

WASHINGTON, 20 Feb 2023 (The Capital Post): Meta mengumumkan pihaknya akan mula melancarkan perkhidmatan langganan berbayar untuk platform Facebook dan Instagram yang membolehkan pengguna mengesahkan akaun mereka.

-Advertisement-

Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg, berkata Meta Verified akan melancarkan perkhidmatan itu kepada pengguna di New Zealand dan Australia akhir minggu ini, lapor United Press International memetik kenyataan syarikat itu.

“Kami mahu memudahkan orang ramai, terutama pencipta kandungan untuk memberi tumpuan kepada membina komuniti mereka di Instagram atau Facebook,” menurut kenyataan itu.

Perkhidmatan langganan yang menyasarkan pencipta kandungan itu berharga AS$11.99 di laman sesawang dan AS$14.99 untuk pengguna iOS dan Android.

Pengguna akan menerima ‘verification badge’ sama seperti di Twitter Blue.

Ia turut dilengkapi dengan akses kepada peningkatan keterlihatan dan jangkauan untuk pencipta kandungan, perlindungan daripada penyamaran dan perkhidmatan pelanggan.

-Advertisement-

“Untuk jangka panjang, kami mahu membina tawaran langganan yang bernilai kepada semua orang, termasuk pencipta kandungan, perniagaan dan komuniti kami, secara amnya.

“Pengguna yang layak untuk perkhidmatan pengesahan itu mesti berumur sekurang-kurangnya 18 tahun, perlu membuat pengesahan dengan ID kerajaan dan memenuhi keperluan yang ditetapkan,” menurut Meta.

– BERNAMA -BH

(The Capital Post)

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC