WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (32052) ORDER BY meta_id ASC

Bursa Malaysia dibuka tinggi ikut jejak Wall Street » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Bursa Malaysia dibuka tinggi ikut jejak Wall Street

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR, 18 Oct 2022 (The Capital Post): Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi hari ini seiring dengan kebanyakan pasaran serantau utama, dipengaruhi oleh prestasi kukuh Wall Street semalaman.

-Advertisement-

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 9.30 mata atau 0.67 peratus kepada 1,395.57 daripada 1,386.27 penutup Isnin.

Indeks utama dibuka pada 1,392.92, meningkat 6.65 mata.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 219 berbalas 61, manakala 178 kaunter tidak berubah, 1,892 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 107.87 juta unit bernilai RM47.63 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata indeks penanda aras itu dijangka mengekalkan aliran menaiknya, sekali gus mencerminkan keuntungan kukuh di Wall Street semalaman.

“Justeru, kami percaya indeks kemungkinan berlegar antara julat 1,380-1,400 hari ini dan meramalkan aktiviti belian akan kembali untuk saham-saham bank dan teknologi hari ini.

“Selain itu, kami turut menjangkakan sektor pembinaan turut diberi tumpuan dengan tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) semakin hampir,” katanya kepada Bernama.

-Advertisement-

Di peringkat serantau, indeks Nikkei 225 Jepun meningkat 1.07 peratus kepada 27,062.24, Indeks Straits Times Singapura menambah 0.50 peratus kepada 3,030.94, Indeks Hang Seng Hong Kong lebih kukuh 0.15 peratus kepada 16,612.90 manakala Indeks Komposit Indonesia naik 0.24 peratus menjadi 6,831.12.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Public Bank menokok tiga sen kepada RM4.23, CIMB mengembang lima sen menjadi RM5.35, IHH Healthcare melonjak 12 sen kepada RM5.98, Petronas Chemicals dan TNB masing-masing tidak berubah untuk mencatatkan harga RM8.50 dan RM8.19 manakala Maybank dan Hong Leong Bank susut dua sen setiap satu kepada RM8.50 dan RM20.58.

Bagi saham aktif, Jade Marvel peroleh satu sen kepada 26 sen, HLT Global naik setengah sen menjadi 27 sen, Hiap Huat kekal pada 16 sen, Careplus dan Top Glove kedua-duanya turun setengah sen kepada 41 sen dan 73.5 sen sementara Supermax lemah dua sen kepada 88.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengukuh 61.52 mata menjadi 9,925.58, FBM 70 menambah 67.97 mata kepada 11,900.51, Indeks FBMT 100 lebih tinggi 62.32 mata kepada 9,676.15, Indeks FBM Emas Syariah meraih 73.94 mata menjadi 9,927.08 dan FBM ACE menokok 29.22 mata kepada 4,710.99.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 55.94 mata kepada 15,971.84, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.37 mata kepada 169.92, Indeks Perladangan mengembang 45.65 mata kepada 6,451.11, dan Indeks Tenaga memperoleh 3.60 mata menjadi 668.64.

-BERNAMA -BH

(The Capital Post)

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC