WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (29295) ORDER BY meta_id ASC

Bursa Malaysia diniagakan tidak menentu » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Bursa Malaysia diniagakan tidak menentu

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit pada urus niaga pagi Rabu, mengambil petunjuk daripada kerancakan pergerakan semalaman di Wall Street selepas konsensus pasaran menunjuk ke arah kelembapan inflasi pada suku akan datang, kata seorang peniaga.

-Advertisement-

Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.07 mata kepada 1,457.95 daripada penutupan Selasa pada 1,457.88, sebelum kembali mencatat penurunan.

Indeks penanda aras dibuka 3.25 mata lebih kukuh pada 1,461.13.

Pergerakan harga dengan kaunter untung mendahului kaunter rugi 164 berbalas 113, manakala 235 kaunter tidak berubah, 1,763 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 220.19 juta unit bernilai RM99.86 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, pelabur masih memikirkan risiko kemelesetan yang timbul daripada inflasi global, justeru peniaga mungkin menggunakan strategi jualan untuk mengukuh.

Selain itu, firma pembrokeran itu menambah pelabur mungkin mendapatkan saham teknologi kerana minat belian dijangka muncul berikutan pergerakan rancak semalaman di Wall Street.

-Advertisement-

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut dua sen kepada RM8.63, Public Bank turun satu sen menjadi RM4.46 dan CIMB lebih rendah sebanyak empat sen kepada RM4.92, manakala Petronas Chemicals tidak berubah pada RM9.50 dan IHH Healthcare menambah satu sen kepada RM6.50 .

Bagi saham aktif, Top Glove dan Country Heights masing-masing meningkat satu sen kepada RM1.09 dan 11.5 sen, manakala TWL Holdings kekal pada 7.5 sen, SFP Tech turun dua sen kepada 67.5 sen dan Dagang NeXchange lega satu sen kepada 79 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas Syariah mengukuh 5.18 mata menjadi 10,572.73, FBM 70 naik 32.04 mata kepada 12,584.47, Indeks FBM Emas lemah 6.31 mata menjadi 10,388.53, FBM ACE jatuh 2.44 mata kepada 4,822.54 dan Indeks FBMT 100 menguncup 7.52 mata kepada 10,123.78.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 38.29 mata kepada 16,120.89, Indeks Perladangan susut 11.59 mata kepada 7,103.38, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian mengukuh 0.25 mata pada 186.61.

– Bernama -BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC