Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Nilai ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini kerana para pelabur terus mencari perlindungan dengan mendapatkan mata wang yang lebih selamat, kata seorang peniaga.

-Advertisement-

Pada jam 9.20 pagi, mata wang tempatan itu menyusut nilai kepada 4.3970/4005 berbanding dolar AS daripada penutupan hari Selasa iaitu 4.3945/3980.

Ketua Ekonomi Bank Islam Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit akan terus berlegar pada paras semasa sementara kebimbangan terhadap langkah mengetatkan monetari seterusnya oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) dan kesan berikutnya ke atas ekonomi dijangka kekal dalam masa terdekat.

“Sementara itu, ekuiti-ekuiti penanda aras global adalah lebih tinggi kerana pelabur telah mula melihat nilainya apabila aset berisiko dikurangkan akibat pengetatan monetari yang agresif oleh Fed,” katanya kepada Bernama.

Namun begitu, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain.

-Advertisement-

Mata wang tempatan menambah nilai berbanding pound Britain kepada 5.3894/3937 daripada penutup Selasa 5.4035/4078, dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1706/1734 daripada 3.1738/1768.

Nilai ringgit turut naik berbanding euro kepada 4.6217/6254 daripada 4.6441/6478 dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.2281/2309 daripada 3.2448/2477 sebelumnya.

– Bernama -BH