WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (28421) ORDER BY meta_id ASC

Bursa Malaysia kembali lepasi 1,600 mata » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Bursa Malaysia kembali lepasi 1,600 mata

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu apabila meningkat di atas paras 1,600 mata, didorong oleh sentimen yang bertambah baik dan kekukuhan sokongan belian bersih daripada dana asing sejak beberapa sesi dagangan lepas, kata peniaga.

-Advertisement-

Pada 9.15 pagi, penanda aras, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 2.19 mata kepada 1,601.80 daripada 1,599.61 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks utama itu dibuka 7.04 mata lebih tinggi kepada 1,606.65.

Lingkungan pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 295 berbanding 180, manakala 255 kaunter tidak berubah, 1,498 kaunter tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 320.14 juta unit bernilai RM222.05 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, suasana positif dalam bursa tempatan boleh berterusan memandangkan situasi prestasi asas indeks utama masih baik secara amnya.

“Kami berpandangan sektor perladangan mungkin mengalami sedikit pengambilan untung selepas menikmati pergerakan yang baik sejak akhir-akhir ini.

“Sektor perkhidmatan kewangan pula nampaknya semakin mempunyai daya tarikan memandangkan aktiviti ekonomi beransur-ansur kembali ke tahap sebelum pandemik melanda,” jelasnya dalam nota penyelidikan.

-Advertisement-

Dalam pada itu, firma pembrokeran itu menjangkakan minat belian serentak dalam sektor lain oleh pelabur terarah kepada saham berharga rendah memandangkan peniaga akan memanfaatkan kecairan dagangan yang bertambah baik,

Saham wajaran tinggi Press Metal meningkat 10 sen kepada RM6.94, Petronas Gas naik 32 sen kepada RM17.58, IHH Healthcare menokok enam sen kepada RM6.62 dan Maybank menambah empat sen kepada RM8.66.

Bagi saham aktif, SMTrack naik satu sen kepada 22 sen, Dagang NeXchange meningkat lima sen kepada RM1.18, Hibiscus Petroleum kekal tidak berubah pada RM1.14, manakala Eastland Equity susut 1.5 sen kepada tujuh sen.

Di papan indeks, FBM ACE susut 6.97 mata kepada 6,278.48, FBM 70 meningkat 59.59 mata kepada 13,754.95, Indeks FBM Emas menokok 22.14 mata kepada 11,433.43, Indeks FBMT 100 naik 22.44 mata kepada 11,120.19 manakala Indeks FBM Emas Syariah menambah 24.49 mata kepada 12,170.13.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 47.51 mata kepada 16,500.94, Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian naik 1.28 mata kepada 213.09 manakala Indeks Perladangan merosot 101.37 mata kepada 7,555.05.

-BERNAMA -BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC