Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, didorong kelemahan mata wang negara maju itu berikutan pasaran menyambut baik laporan mengenai keredaan situasi tegang di Eropah Timur, kata penganalisis.

-Advertisement-

Pada 9 pagi, unit tempatan meningkat kepada 4.1830/4.1860 berbanding dolar AS daripada 4.1850/1870 ketika ditutup pada Selasa.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS turun 0.4 peratus kepada 95.985 mata memandangkan peserta pasaran lega buat sementara waktu dengan perkembangan geopolitik di Eropah Timur.

“Justeru, pasaran tukaran asing akan terus memantau perkembangan di Ukraine kerana Presiden AS telah memberi amaran bahawa ancaman serangan oleh Rusia di Ukraine masih boleh berlaku.

“Oleh itu, pasaran akan berhati-hati namun pada masa yang sama berharap isu itu dapat diselesaikan segera,” katanya.

Beliau berkata dengan demikian, ringgit dijangka bergerak pada 4.18 hingga 4.19 hari ini.

-Advertisement-

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan naik berbanding yen kepada 3.6154/3.6183 daripada 3.6193/6213 ketika ditutup pada Selasa dan tinggi berbanding pound Britain kepada 5.6650/5.6691 daripada 5.6715/6742.

Ringgit turun berbanding dolar Singapura kepada 3.1103/3.1130 daripada 3.1097/1114 dan susut berbanding euro kepada 4.7502/4.7536 daripada 4.7487/7510.

– Bernama -BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5279