WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (31198) ORDER BY meta_id ASC

Bursa Malaysia meningkat pada pembukaan sebelum susut » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Bursa Malaysia meningkat pada pembukaan sebelum susut

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit, namun menyusut kemudiannya kerana para pelabur masih menimbangkan usaha Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) memerangi inflasi di tengah-tengah sentimen pasaran serantau yang bercampur-campur, kata seorang peniaga.

-Advertisement-

Pada jam 9.06 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.83 mata untuk mencatatkan paras 1,493.90 berbanding penutupan Khamis pada 1,494.73.

Indeks utama itu dibuka 1.02 mata lebih kukuh pada 1,495.75.

Bagaimanapun, di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 142 berbalas 88, manakala 176 kaunter tidak berubah, 1,899 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 76.19 juta unit bernilai RM37.30 juta.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, sentimen dijangka kekal hambar walaupun aktiviti belian berkemungkinan berterusan untuk saham perbankan hari ini berikutan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia (BNM).

Bank pusat telah menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.50 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) kelimanya semalam.

Justeru, Pak Leng menjangkakan indeks berada dalam aliran julat yang ketat antara 1,490 dan 1,500 hari ini, sambil menambah sektor perladangan mungkin menghadapi beberapa masalah berikutan harga minyak sawit mentah terus menurun disebabkan permintaan yang lebih lemah dan paras inventori yang tinggi.

-Advertisement-

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, CIMB, Axiata dan Maxis menambah satu sen setiap satu kepada RM5.41, RM2.93 dan RM3.83, manakala Press Metal menokok tiga sen kepada RM5.05 dan Public Bank tidak berubah pada RM4.64.

Bagi saham aktif, Metronic Global tidak berubah pada 4.5 sen, Tanco naik 1.5 sen kepada 27.5 sen, Mi Technovation meningkat tujuh sen kepada RM1.20 dan HB Global meraih setengah sen kepada 14 sen, manakala Vinvest Capital rugi setengah sen sen kepada 19.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 1.55 mata kepada 10,612.35, Indeks FBMT 100 susut 2.59 mata menjadi 10,361.08 manakala Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 6.60 mata kepada 10,697.77.

Indeks FBM 70 pula mengembang 9.78 mata kepada 12,754.88 dan Indeks FBM ACE mengukuh 3.20 mata menjadi 4,805.30.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan lemah 25.73 mata kepada 6,997.47, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.50 mata menjadi 185.83, Indeks Tenaga meningkat 1.15 mata kepada 707.65 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 3.61 mata untuk mencapai paras 16,738.67.

-BERNAMA -BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC