Ringgit teruskan momentum peningkatan selepas kenaikan OPR

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Nilai ringgit meningkat sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini, meneruskan momentum menaik semalam apabila selera risiko dalam pasaran bertambah baik, kata seorang peniaga.

-Advertisement-

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan mencatatkan paras 4.4960/4995 berbanding dolar AS daripada penutup Khamis pada 4.5010/5040.

Peniaga itu berkata, langkah Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman sebanyak 25 mata asas (bps) semalam berjaya mengimbangi kesan daripada pendirian pengerusi Rizab Persekutuan AS, Jerome Powell malam tadi, yang cenderung untuk menaikkan kadar faedah.

Sementara itu, Bank Pusat Eropah (ECB) turut meningkatkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas yang belum pernah berlaku sebelum ini kepada 0.75 peratus dalam usaha membendung inflasi.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang utama yang lain.

-Advertisement-

Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.2062/2089 daripada penutup Khamis pada 3.2015/2041, lemah berbanding pound Britain kepada 5.1897/1938 daripada 5.1730/1764 dan turun berbanding euro kepada 4.5162/5197 daripada 4.4996/5026 semalam.

Bagaimanapun, ringgit menambah nilai berbanding yen Jepun kepada 3.1268/1294 daripada 3.1285/1308 sebelumnya.

-BERNAMA -BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373