WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (31486) ORDER BY meta_id ASC

Bursa Malaysia terus merosot » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Bursa Malaysia terus merosot

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, meneruskan penurunan semalam apabila Wall Street merosot semalaman selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) menaikkan kadar faedah dan memberi petunjuk bahawa kenaikan yang lebih agresif akan datang, kata peniaga.

-Advertisement-

Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.92 mata kepada 1,441.26 daripada 1,447.18 pada Rabu.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 2.31 mata kepada 1,444.87.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 232 berbanding 43 manakala 165 kaunter tidak berubah, 1,950 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 98.13 juta unit bernilai RM43.28 juta.

Dalam nota penyelidikan, Malacca Securities Sdn Bhd berkata, sentimen global akan terus kurang menggalakkan sekurang-kurangnya dalam tempoh terdekat berikutan pelabur menerima kenaikan kadar faedah 75 mata asas dan isyarat Fed AS mengenai sentimen kadar faedah tinggi hingga akhir 2022.

“Bagaimanapun, aktiviti belian saham pada harga rendah dijangka wujud dalam sektor terpilih berikutan tumpuan peniaga mungkin beralih kepada benefisiari Bajet 2023,” katanya.

Dari segi komoditi, katanya harga minyak mentah Brent mencecah di bawah paras AS$90 setong manakala harga minyak sawit mentah (MSM) berada melebihi RM3,800.

“Bagi sektor yang menjadi tumpuan, walaupun sentimen secara keseluruhannya boleh terus negatif, pelabur mungkin membeli semasa penurunan dalam sektor perbankan dalam persekitaran kitaran tinggi kadar faedah.

-Advertisement-

“Sementara itu, pasaran dijangka memihak kepada segmen tenaga boleh baharu, pembinaan dan bahan binaan sebelum pembentangan Bajet 2023. Kami turut memilih segmen berorientasikan eksport seperti industri pembungkusan,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank merosot lima sen kepada RM8.67 manakala CIMB Bank, Petronas Chemicals dan IHH Healthcare, masing-masing berkurangan lima sen kepada RM8.56, RM5.40 dan RM6.05.

Public Bank menambah satu sen kepada RM4.41.

Daripada saham aktif, waran Velesto dan Sunzen, masing-masing naik setengah sen kepada 13 sen dan 6.5 sen, Top Glove merosot satu sen kepada 65.5 sen, EA Technique susut setengah sen kepada 8.5 sen manakala Cnergenze tidak berubah pada 95.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 38.05 mata kepada 10,292.05, Indeks FBMT 100 merosot 41.55 mata kepada 10,029.08, Indeks FBM Emas Shariah susut 42.54 mata kepada 10,347.35, FBM 70 turun 53.20 mata kepada 12,479.35 dan FBM ACE merosot 24.78 mata kepada 4,753.34.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga berkurangan 5.40 mata kepada 720.18, Indeks Perladangan susut 25.53 mata kepada 6,820.29, Indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 45.48 mata kepada 16,354.37 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan berkurangan 1.09 mata kepada 174.59.

-BERNAMA -BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC