Cahaya Jingga Terangi Kedah Sempena Hari Keselamatan Pesakit

Estimate Reading Time: < 1 minute

KEDAH 19 September 2026 (The Capital Post) – Cahaya jingga menerangi beberapa lokasi di seluruh Kedah pada 17 September lalu sebagai simbol solidariti dan komitmen bersama sempena Hari Keselamatan Pesakit Sedunia 2026.

Sempena sambutan berkenaan, semua hospital awam di Negeri Kedah serta beberapa bangunan ikonik dinyalakan dengan cahaya jingga sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkukuh aspek keselamatan pesakit dalam sistem penjagaan kesihatan.

Cahaya jingga tersebut membawa mesej bahawa keselamatan pesakit merupakan tanggungjawab bersama yang melibatkan petugas kesihatan, pesakit dan keluarga serta seluruh komuniti.

Setiap pesakit berhak menerima penjagaan yang selamat, berkualiti dan penuh prihatin, selaras dengan usaha mewujudkan perkhidmatan kesihatan yang memberi keutamaan kepada kesejahteraan serta keselamatan pesakit.

-Advertisement-

Pencahayaan bangunan dengan warna jingga turut menjadi simbol kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan memainkan peranan dalam memastikan keselamatan pesakit sentiasa diberi perhatian.

Inisiatif itu sekali gus mengajak masyarakat untuk bersama-sama menghargai usaha yang dilaksanakan dalam memperkukuh budaya keselamatan pesakit serta menyokong komitmen semua pihak ke arah penjagaan kesihatan yang lebih selamat dan berkualiti – The Capital Post