GADEK, 31 Oktober 2026 – Calon Barisan Nasional (BN) daripada MIC, S. Nadarajah, bakal berdepan saingan tiga calon lain dalam pertandingan empat penjuru bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.07 Gadek sempena Pilihan Raya Umum (PRU) DUN Melaka Ke-16.

Dalam proses penamaan calon, S. Nadarajah memperoleh nombor 4, manakala tiga calon lain yang turut bertanding ialah Jegasilan K. daripada Pakatan Harapan (PH-DAP) yang mendapat nombor 1, Laveen a/l Balaprabhakaran daripada Parti BERSAMA Malaysia dengan nombor 2, serta Laila Norinda binti Maon daripada PUTRA yang mendapat nombor 3.
Pertandingan empat penjuru ini menyaksikan S. Nadarajah berdepan calon daripada tiga parti berbeza dalam usaha merebut mandat pengundi di kawasan DUN Gadek.
-Advertisement-
Bagi BN-MIC, S. Nadarajah merupakan muka baharu yang diketengahkan untuk mewakili parti di kerusi berkenaan. Pada pilihan raya sebelum ini, kerusi DUN Gadek ditandingi oleh YB VP Shan yang mewakili BN-MIC.
Dengan empat calon kini dikenal pasti menerusi nombor masing-masing, persaingan di DUN Gadek dijangka menjadi tumpuan, khususnya dalam melihat sokongan pengundi terhadap setiap parti yang bertanding. – The Capital Post