COVID-19: 18,762 kes hari ini

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Kes harian COVID-19 mencatatkan sedikit penurunan hari ini dengan 18,762 kes, berbanding lebih 20,000 kes semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,765,016.

-Advertisement-

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor kekal mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 3,711 kes, diikuti Sabah (2,430), Sarawak (2,414), Johor (1,993), Pulau Pinang (1,762), Kedah (1,585) dan Kelantan (1,504).

Katanya, sembilan lagi negeri mencatatkan kes COVID-19 di bawah 1,000 kes iaitu Perak (899), Pahang (715), Kuala Lumpur (573), Terengganu (506), Melaka (309) dan Negeri Sembilan (291).

-Advertisement-

Selain itu, Putrajaya merekodkan 34 kes, manakala Perlis (33) dan Labuan (tiga). Dr Noor Hisham berkata demikian melalui laman Facebooknya, hari ini.

-BH