WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (26123) ORDER BY meta_id ASC

Imuniti kelompok elak penularan gelombang baharu » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Imuniti kelompok elak penularan gelombang baharu

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Liputan vaksin untuk mencapai imuniti kelompok wajar segera ditingkatkan bagi mengelak risiko penularan gelombang baharu COVID-19 angkara varian membimbangkan, termasuk ‘Mu’ dan’C.1.2′.

-Advertisement-

Langkah pencegahan sedemikian juga harus seiring kawalan sempadan yang ketat bagi menghalang penyusupan varian baharu, selain menggandakan usaha penjujukan genom dalam kalangan individu tertentu.

Pakar virologi dari Universiti Malaya (UM), Prof Dr Sazaly Abu Bakar, berkata perlindungan sistem pertahanan badan yang dibentuk menerusi suntikan imunisasi berupaya menjadi asas kepada pencegahan jangkitan membabitkan varian berbahaya.

Meskipun masih berisiko disahkan positif, jelasnya, kadar kematian dan kemasukan ke hospital sangat rendah berbanding individu yang langsung tidak mempunyai perlindungan vaksin.

“Tidak semua varian baharu ini berbahaya atau mampu melepasi kesan perlindungan imunisasi yang dibentuk daripada suntikan vaksin.

“Namun, sebagai langkah berjaga-jaga, sebarang vaksin yang diluluskan untuk kegunaan di negara ini dapat menjadi benteng pertahanan asas bagi membendung risiko selepas dijangkiti.

“Jika masih ramai yang belum divaksin, sektor kesihatan awam akan terus dibebani, dengan unit rawatan rapi (ICU) dipenuhi pesakit, sekali gus bakal mengundang risiko perkhidmatan penting ini menjadi lumpuh.

“Jika ICU penuh dengan pesakit COVID-19, apa jadi dengan pesakit lain seperti leukemia dan pneumonia, yang masih memerlukan rawatan segera?” katanya kepada BH.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini dilaporkan berkata, pihaknya sedang meneliti varian baharu COVID-19 dikenali sebagai ‘Mu’, yang pertama kali dikenal pasti di Columbia pada Januari lalu.

Varian B.1.621 itu setakat ini diklasifikasikan sebagai varian berkepentingan (VOI), malah hasil penelitian awal menunjukkan ia mempunyai potensi ‘kalis’ kesan vaksin.

-Advertisement-

Berdasarkan pemantauan, varian ‘Mu’ sudah menular ke Ecuador dan beberapa negara Eropah, manakala varian C.1.2 dari Afrika Selatan dikatakan terkawal.

Selepas Malaysia mencapai imuniti kelompok berkadar 80 hingga 90 peratus daripada keseluruhan penduduk, Prof Sazaly berkata, kerajaan boleh mempertimbangkan keperluan untuk memberikan suntikan penggalak atau dos ketiga, demi meningkatkan tahap perlindungan sistem pertahanan badan.

“Ini harus dipertimbangkan jika kita dapati suntikan imunisasi sedia ada tidak mencukupi untuk memberikan perlindungan sewajarnya daripada jangkitan varian baharu,” katanya.

Pakar virologi dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Yahya Mat Arip, pula berkata kawalan sempadan penting dalam menangani risiko penularan varian baharu seperti Delta menerusi kemasukan warga negara India, Mei lalu.

Selain itu, katanya, setiap individu yang masuk ke negara ini wajar diambil sampel untuk tujuan penjujukan genom.

“Memang dikuarantin, tetapi sekarang yang sudah lengkap suntikan imunisasi berupaya dikuarantin di rumah, berbanding tempat khas seperti dulu, justeru kena ambil sampel dulu.

“Ini kerana apabila mereka masuk, saringan mungkin negatif, tetapi keputusan boleh berubah menjadi positif ketika menjalani kuarantin,” katanya.

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC