COVID-19: 4,896 kes semalam, 12 kematian

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Jangkitan baharu COVID-19 di negara ini terus meningkat dengan 4,896 kes semalam berbanding 3,083 kelmarin, manakala 12 kematian turut dilaporkan.

-Advertisement-

Berdasarkan maklumat di laman COVIDNOW, jumlah jangkitan baharu membabitkan 4,894 kes penularan tempatan dan dua import yang mendapat jangkitan dari luar negara, sekali gus menjadikan keseluruhan kes COVID-19 di negara ini meningkat kepada 4,719,394 setakat semalam.

Daripada 12 kematian semalam, enam membabitkan kes di luar fasiliti kesihatan (BID), menjadikan keseluruhan kes kematian di negara ini sebanyak 36,056 dengan 7,665 pesakit meninggal dunia sebelum bantuan perubatan dapat diberikan.

Secara keseluruhan sehingga kini, masih terdapat 44,622 kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 di negara ini dan 96.2 peratus atau 42,942 sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.

-Advertisement-

Selain itu, 3.5 peratus bersamaan 1,577 kes kini mendapatkan rawatan di hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) (35) dan unit rawatan rapi (ICU) (68) yang membabitkan 31 individu memerlukan alat bantuan pernafasan.

Bagi kes sembuh, setakat semalam, sebanyak 2,979 kes dicatatkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih daripada jangkitan berkenaan adalah 4,638,716 kes.

-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5279